KUIZ

PETIKAN

Arahan :  Baca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Gariskan nama
                  buah-buahan yang terdapat dalam petikan tersebut.                    
               

Pada musim buah-buahan yang lepas, saya dan rakan-rakan iaitu Danish, Haikal dan Syafiq berkunjung ke dusun buah-buahan datuk Hadi yang terletak di Kampung Raja.
Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah Hadi.
Dusun datuk Hadi sungguh luas. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk seperti pokok durian, rambutan, manggis, langsat, duku, cempedak dan nangka..Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
    Danish dan Haikal menolong datuk mengutip buah durian yang gugur. Bau buah durian sungguh harum dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar. Hadi  dan Syafiq pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang .Rasa buah rambutan manis dan lazat.
          Di dusun datuk  Hadi terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut..Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
          Sebelum pulang,datuk Hadi memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan. Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk. Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
           Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru yang  amat berharga. Kami  berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.


untuk mewarna online sila klik disini atau disini








No comments:

Post a Comment