Malaysia
merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh
buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik,
langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh
buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan
sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian,
langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.
Kita
digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih
segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun .Sudah
tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan
tersebut masih terpelihara.
Harga buah-buahan
tempatan juga jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan
import dua kali ganda jika dibandingkan
dengan harga buah-buahan tempatan dengan itu, kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan
seharian.
Buah-buahan
tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan. Kebanyakan
buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan
lama. Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan
makanan.
Kesimpulannya, buah-buah tempatan mengandungi banyak
vitamin dan zat yang
diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita
peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.
Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.
Senarai Buah-Buahan Tempatan
•Belimbing
•Betik
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•Tembikai
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•Tembikai
Khasiat Buah-buahan Tempatan
Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?
Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Mari kita lihat jenis buah-buahan tempatan.
Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Mari kita lihat jenis buah-buahan tempatan.
KELAPA
- kulitnya hijau ketika muda dan coklat semasa tua
- kulitnya tebal dan bersabut
- buah ini ada air dan isi di dalamnya dan sedap diminum ketika muda
- ketika tua isinya akan menghasilkan santan
- buah ini boleh menghasilkan minyak yang banyak khasiatnya
DURIAN
- buah ini ada duri pada kulitnya
- buah ini juga dipanggil raja segala buah
- kulitnya berwarna kuning keemasan dan tebal
- isinya berwarna kuning
- rasa isinya lemak manis
BETIK
- bentuk buah ini bujur
- kulitnya kuning kehijaun
- isinya berwarna merah
- isinya lembut dan rasanya manis
- buah ini banyak bijinya
- bijinya berwarna hitam
JAMBU BOTOL
- bentuk buah ini bujur
- warna kulitnya merah
- rasa isinya masam manis
MANGGIS
- kulitnya berwarna hijau ketika muda
- kulitnya berwarna ungu ketika masak
- bentuknya bulat
- isinya putih dan rasanya manis
PISANG
- buah ini berbentuk panjang
- kulit dan isinya berwarna kuning
- isinya lembut dan rasanya manis
RAMBUTAN
- buah ini ada rambut pada kulitnya
- kulitnya berwarna merah
- isinya berwarna putih dan rasanya manis
TEMBIKAI
- bentuk buah ini bulat
- kulitnya berwarna hijau dan isinya merah
- rasa buah ini manis dan banyak air
- buah ini banyak bijinya
- kulit buah ini berwarna hijau atau kuning
- bentuk buah ini bujur
- rasa isinya masam ketika muda
- isinya kuning dan rasanya manis ketika ranum
LIMAU BALI
- bentuk buah ini bulat dan besar
- kulitnya hijau dan berbau harum
- isinya masam manis
CEMPEDAK
- kulitnya kasar
- kulitnya berwarna hijau ketika muda dan kuning ketika masak ranum
- bau buah ini harum ketika masak ranum
- isinya kuning dan rasanya lemak manis
- buah ini berbentuk bujur dan banyak getah
JAMBU AIR
- bentuk buah ini seperti loceng
- buah ini berwarna merah ketika masak ranum
- isinya rangup dan manis rasanya
- buah ini banyak jusnya
Keistimewaan Buah Buahan Tempatan.
Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?Berikut terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah cuba merasainya.Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import.
Selain itu, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahn import.Buah-buahan seperti betik,pisang dan nanas yang sentiasa ada tanpa mengikut musim.Manakala buah-buahan tempatan yang dapat diperolehi mengikut musim seperti durian, rambutan, langsat dan manggis.Malah harga buah-buahan tempatan sangat murah dan dapat dinikmati oleh semua.Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh dihasilkan daripada buah-buahan tempatan antaranya ialah penghasilan produk makanan dan minuman.
Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-buahan import.Oleh itu sokonglah buah-buahan tempatan.
ReplyDeleteWhen Jasmine was still very baby , I do not give fruit . Somehow my feeling is always not good . Although in many out there who give their children to eat fruit when the newborn .
bandar togel online terpercaya di indonesia
bagus karangan patut diperbaiki lagi.
ReplyDeleteterima kasih kerana membeantu saya
ReplyDeletebagusnya,,,,,
ReplyDeleteI think ...karangan dia amat membantu saya untuk mencari maklumat
ReplyDeleteIa mudah difahami Dan ringkas
tq for this information , that essay was so good
ReplyDeletetq for this information , that essay was so good
ReplyDelete👍👍
DeleteTq for this information
ReplyDeleteSangat baik!!!
ReplyDeleteThanks for the information. People can spend time with read articles. It is very useful
ReplyDeleteStay at home
ReplyDelete😷😷😷 😷😷😷 😷 😷 😷
Delete😷 😷 😷 😷. 😷
thank you for helping us.Thank you so much. saya orang islam saya pun tak pandai sangat bahasa inggeris ni
ReplyDeleteAssalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi
ReplyDeleteSukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
saya ada jual herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bhan kimia berbahaya.
bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka kembali
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, gula turun elok balik